me, myself...
Syam here!!. Work as IT Executive at 7-Eleven Malaysia Sdn Bhd. Just wanna share about myself here and get people to know me better. My Story, My Life. facebook...
Create Your Badge luv & like...
... chat & boraks...
2 do lists
16 August > Kenduri @ Amok's 20 August > ICT n Islam Presentation 22 August > 1st Ramadhan 31 August > Happy Birthday Malaysia!!! 20 September > Raya Time 2 October > FYP Beta Testing 23 October > Submit FYP Report 30 October > FYP Final Presentation 20 November > Abah's birthday 27 November > Salam Aidil Adha vips
chazzie.fairuz azuwa.chan iium.angklung.group mr.zahid sis.nana sis.atun miss.faxa mr.fixa mr.aziz miss.paeja links & network...
my.friendster my.fave.dload.place my.fave.forum blog.skins sultanmuzaffar klubbkidd series.download photoshop.cafe visitors count...
previously...
January 2008 February 2008 March 2008 April 2008 May 2008 June 2008 July 2008 August 2008 September 2008 October 2008 November 2008 December 2008 January 2009 February 2009 March 2009 April 2009 May 2009 June 2009 July 2009 August 2009 September 2009 October 2009 November 2009 December 2009 January 2010 March 2010 April 2010 May 2010 June 2010 August 2010 November 2010 February 2011 April 2011 June 2011 July 2011 August 2011 October 2011 December 2011 January 2012 |
Monday, August 1, 2011
@ 1:11 PM Pejam celik pejam celik, kembali juga 1 Ramadhan yang memang di nantikan oleh seluruh umat Islam termasuklah aku. Alhamdulillah, Allah memberi peluang kepada ku untuk bersama-sama menikmati nikmat dan ajaibnya Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan dan keredhaan Allah. Tahun lepas, pertama kali menyambut Ramadhan sebagai seorang pekerja di company yang lain dan tahun ini juga merasai dan menyambut Ramadhan di tempat kerja yang baru juga. Mungkin tiada beza sebab Ramadhan itu sama sahaja setiap tahun kecuali bagaimana umatnya begitu mengimarahkan dan meraikannya dengan penuh kesyukuran. Sekiranya tahun lepas di company lama masuk seperti biasa iaitu jam 9 pagi, tiada rehat tetapi pulang pada jam 4.45 petang. Manakala pada tahun ini di company baru, masuk seawal jam 8.30 pagi, rehat setengah jam dan pulang jam 5.00 petang. Walaupun datang awal dan pulang agak lewat berbanding dahulu, tetapi rehat setengah jam begitu berbaloi juga setelah penat bekerja setengah hari. Kepala otak juga perlu di rehatkan dan bukannya terus menerus melaksanakan kerja. Aku sudah alami menyelesaikan programming 8 jam nonstop. Just forget the past. J Menahan nafsu adalah perkara yang paling sukar untuk di tahan berbanding menahan lapar dan dahaga. Percaya la. Aku boleh sahaja menahan lapar dan dahaga apabaila tidak begitu memenatkan. Tetapi mengawal nafsu sepanjang hari amatlah sukar. Contoh terdekat, di sebabkan duduk bujang, terpaksalah bazar Ramadhan menjadi pilihan tepat untuk membeli juadah berbuka, sekiranya tidak, alamatnya roti sahajalah menu untuk berbuka. Budget telah di rancangkan sebelum ke bazarunutk membeli makanan + minuman. Sesampainya di bazar dengan beraneka juadah, nafsu pun minta yang macam-macam. Kadang kala tertewas juga dek nafsu yang berjaya memanipulasi akal fikiran. Bagi aku, berpuasa di UIA amat menjimatkan. Ini kerana walaupun ada azar di dalam tetapi tidak sedikit pun memuaskan hati untuk berbuka. Pilihan terakhir hanyalah membeli juadah di Café Mahallah. Alhamdulillah harganya yang begitu murah dapat juga menjimatkan poket akua. Tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang banyak. Kalau di ikutkan dan di bandingkan dengan zaman di UIA dan semasa bekerja, aku perlu membelanjakan dua kali ganda dengan apa yang aku belanjakan di UIA. Nampak perbandingannya bukan? Mungkin di sebabkan harga barangan yang naik pada ketika ini dan juga di sebabkan zaman belajar duit amat terhad berbanding zama bekerja. Itu boleh di jadikan alasan? Mungkin tidak. Selama duduk bujang pada zaman belajar di Politeknik dan zaman bekerjsa memberi aku satu pengalaman yang menarik dan berguna untuk pada masa hadapan. Bagi aku duduk bujang memang mengajar aku untuk berdikari. Berbuka sendiri dan bangun sahur juga sendiri. Sekiranya tidak, memang tidak makan la pada masa puasa. J Apa-apa dugaan dan halangan semasa kita berpuasa, kita kena ingat Allah menguji kita sama ada kita kuat atau tidak. Dan ia salah satu pengukuh iman kita. Aku hanya harap Ramadhan thun ni adalah tahun terbaik bagi diri aku. Dan aku doakan juga seluruh Muslim di seluruh dunia yang berpuasa sentiasa di berkati Allah dan melindungi kita dari sebarang ha;angan dan dugaan yang dapat menggugat keimanan kita. Insya Allah… JJJ Labels: my.life
|